Tuesday, February 18, 2014

Tatkala Gemersik Bayu Nan Shahdu...Menggongcang Qalbuku..

Kata-kata yang indah, bagaikan memberi satu ruang walaupun sempit utnuk menusuk jua ke dalam pemikiran. Lantas merewang ke awangan yang penuh dengan bunga-bunga cantik nan berseri
    
                      

Ia bagai memberi semangat untuk setiap insan meneliti dan menghayati kehidupan yang pelbagai dugaan samada yang telah berlalu, sedang terjadi, dan juga akan menanti.

Ada beberapa madah-madah pujangga yang ana tertarik untuk berkongsi bersama, buat kita jadikan roh kepada semangat agar terus kita pikirkan sejauh mana keajaiban kata-kata ini:

<3 Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat.

<3 Janganlah bersedih hati dengan kata maki dan tuduhan nista     yang manusia lemparkan kepadamu, sesungguhnya ianya tidak menghinakan dirimu, tetapi sebaliknya ia telah menghina mereka sendiri.

<3 Aku tahu bahawa Allah telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang.

<3 Iblis berkata: aku merasa hairan dengan manusia, mereka mencintai Allah tetapi mereka melakukan maksiat kepadaNya. Mereka membenciku, tetapi mereka menurutiku.

<3 Kata-kata seperti ubat. Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan.

Antara banyak yang ana tertarik, inilah kata azimat yang sememangnya tepat:

                                 

Salah satu dari cabaran yang hebat ialah kamu mampu ketawa dalam keadaan mata hatimu berkaca duka.

Jika ukhti / akhi rajin, maka setiap hari bisikanlah ataupun bacakanlah pada diri kata-kata mutiara ini. Bagaikan ada keajaiban bakal membugarkan dirimu. Wasalam..





Friday, January 17, 2014

The Largest Awards In Life..


Kumeniti sebuah perjalan hidup 
yang masih belum kutemukan..
ketenangan dalam hati

Ke sana ke sini aku kembara
dari timur ke barat..
utara ke selatan
namun
belum aku temui 
sedetik kedamaian..

Ingin aku beli
tapi..
siapa yang menjual
dan berapa harganya..
mampukah aku beli gerangan
menyerikan qalbuku ini..

Kali ini, aku berhenti melangkah..
kerana telah ku pertemukannya..
dalam sujudku..
ketengan sanubari

Kerana,
Ia sebenarnya hampir
dalam hidup 
Iaitu.. ISLAM

Setelah mata hatiku dibutakan..dipekakkan..
dengan buaian dunia..Alhamdulillah..


Percayalah, anugarah terbesar dan terindah dalam hidup ini sebenarnya ISLAM dan IMAN. Walau pada hakikatnya, ramai yang atas kad pengenalan sahaja ISLAM tetapi tidak pada kehidupan sehariannya.

Benar, jika menbandingkan dengan agama lain banyak kita lihat mereka ini bersenang-lenang menikmati kehidupan tanpa mereka sedar akan adanya kehidupan lain kelak (kebangkitan semula).

                       


"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah islam...." (Surah Ali Imran:19)

Benarlah dalam lagu Raihan..

Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa..
Iman tak dapat dijual beli..ia tiada di tepian pantai..





Sunday, December 1, 2013

Remember and don’t forget ..


Sejujurnya, lumrah manusia akan mengingati dan akan terlupa sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan. Bila pelajari sesuatu yang baru tetapi tidak diamalkan, ia akan leyap begitu mudah.  Akhirnya, mengambil masa kembali untuk mempelajarinya walaupun sudah dipelajari.

Begitu juga pada kepada Sang Pencipta yang maha Agung...

Bila seseorang itu dalam keadaan senang, mudah lupa pada Dia. Bila susah, barulah ingat kembali meminta pertolongan. Barulah sedar kesalahan dilakukan sedangkan masa buat kesalahan dahulu, langsung tidak sedar Allah sedang memerhatikan hambaNya itu.
Namun, Dia (Allah) tidak lupa akan janjiNya. Memberi ganjaran kepada mereka yang sentiasa mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya.
             

Manakah kita sebagai hambanya yang wajib mengingatinya dalam segala keadaan? Jangan hanya masa susah barulah nak menghampar sejadah dan menadah tangan.  Sedangkan Allah menunggu hambaNya untuk bersujud.  Tanpa redhaNya, tidak ada daya seseorang hambaNya untuk terus hidup di muka bumi.

                                      
Kelak, akan kembali juga pada Dia.

Monday, November 4, 2013

New Revolution In My Self..

Hanya selang beberapa jam dan minit, kita umat Islam bakal melangkah ke tahun baru, 1 Muharram 1435H. Namun, sediakah kita meniti perubahan yang lebih baik dari semalam?

Dalam susunan bulan Islam, bulan Muharram bulan pertama dalam kalendar islam. Maksud yang lain, Muharram adalah diharamkan. Allah SWT telah mengharamkan pertumpahan darah ataupun peperangan. Dalam bulan Muharram ini juga merupakan penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Lantas, kalendar Hijrah dibentuk pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab melalui peristiwa tersebut.

Berikut peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram :

1. Nabi Adam Alaihi Salam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh  diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


REVOLUTION IN MYSELF

Jadi, sudah bersedia dengan azam baru kita melangkah ke tahun baru Islam?

Moga dengan azam baru itu juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri kita terus melangkah dan sekaligus terus meraih kasih sayang Allah SWT. Apa pun perubahan yang dilakukan, niatkan kerana Allah. Benda yang baik, pahala bercurah-curah diberikan. Ketenangan hidup dan rezeki makin dipermudahkan.


Bagi ukhti-ukhti dan sis diluar sana yang masih berjinak-jinak dalam istiqamah menutup aurat, teruskan perubahan yang baik itu. Ingatlah, menutup aurat itu wajib. Tapi jangan pula membungkus aurat ye..tak mau..tak mau..


Setiap penghijrahan kepada diri kearah yang lebih baik, memang memerlukan pengorbanan yang besar. Bukan mudah dari sifat yang sudah sebati dalam diri nak transform ke sifat yang asing. Lepas itu, dikeji dan dikutuk pula oelh sahabat dan masyarakat sekeliling. Bersabarlah ok. Lama-lama, senyap juga mereka ini.

Jangan lupa membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu Magrib dan awal tahun setelah masuk waktu Magrib.

Dikesempatan ini juga, ana memohon maaf andai terkasar bahasa dan terpedas kata-kata yang ana tulis dalam blog ini. Mohon dimaafkan ye. Semoja kita terus berubah kearah yang lebih baik sepanjang masa dan sekaligus meningkatkan amalan kita mendekatkan diri pada Allah SWT.

Syukran pada semua yang menyokong memberi semangat pada ana untuk terus menghidupkan blog Pena Seorang Daie ini. Insya Allah, kita bertemu lagi. ^_^,

Salam Maal Hijrah 1435H.














Sunday, November 3, 2013

Niqab Perhiasan Terindah..


Wanita..Hiasan Dunia..
Seindah hiasan..adalah wanita soleha..
Yang akan membahagiakan..
Syurga di dalam rumahtangga...

(Inteam-Impian Kasih)


Tentunya, ramai ukhti-ukhti ingin menjadi wanita soleha..isteri mithali..dan paling nak, bidadari syurga buat suaminya. Masya Allah, inilah ciptaan Allah paling terindah. Kelembutannya mampu mengoncang dunia. Walau wanita insan yang lemah, namun pengorbanan wanita sebagai ibu / emak / ummi, tiada tandingan.

Wanita soleha..penyejuk mata penawar hati.

Penyejuk mata? Yang menjaga aurat dan maruahnya kerana tanggungjawabnya dan benar memahami perintah Allah. Bagi ukhti-ukhti yang masih loading untuk istiqamah menutup aurat, teruskan dan lawan nafsu untuk terus menayangkan kecantikanmu bukan pada mata-mata lelaki muhrim.

Dan bagi NIQABIS..teruskan niat ukhti-ukhti untuk terus istiqamah melawan fitnah dunia. Jangan pula pasang niat keran hendak berfesyen. Contohnya dengan maskara, eye shadow kerana nak menampakkan mata. Ianya TABARRUJ yang boelh mengheret dirimu ke neraka..Astagfirullah al-azim.

Jujur, ana suka sangat bila bertembung dengan ukhti-ukhti yang berniqab / purdah. Tenang. Walau sesetengah masyarakat menggelarmu NINJA, tapi pengganmu tetap kukuh dalam sunnat.


Memang tiada kewajipan dalam berniqab / berpurdah. Tiada juga fatwa yang mengatakan ianya wajib kecuali dikhuatiri akan mendatangkan fitnah (wajahnya yang cantik) maka perlulah dia mengenakan niqab / purdah.



Firman Allah dalam surah Al-Azab :59
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59

Dari yang ana research, bagi niqabis mereka berpengang dengan surah ini..(melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya), namun, tidak dinyatakan tentang niqab.
Jumhuru Al-Ulama' (majotiti para ulama') berpegang pada dalil-dalil dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, antara lain firman Allah SWT dalam surat An-Nur ayat 31 yang ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya." Yakni tempat-tempatnya. Maka, celak adalah perhiasan wajah, dan cincin adalah perhiasan telapak tangan.

Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan. 

Janganlah dipersendakan wanita-wanita yang berniqab... :(

Berikut adalah perniagaan yang memjual niqab / purdah :

1.Pondok As-Sunnah (House Of Niqab)
2.Niqab Online
3.Khas Buatmu Muslimah
4.Abaya & Barangan Muslimat
5.RuuhulHubbi Collection

Dan banyak lagi. Mari, kita indahkan diri dengan berniqab / berpurdah bukan setakat pada wajah, pada hati dan akhlak kita juga.. ^_^,

Ku Temukan CintaMu Di Hatiku...



Setelah jauh miniti kehidupan yang kosong penuh hiburan hingga melalaikan diri, kini menemui sebuah cinta yang tiada bertepi..tiada perhentian. Sungguh indah.

Salam ukhwah ukhti dan akhi,

Pasti diri ini pernah terleka dalam permainan dunia yang penuh warna warni. Sebagi insan yang pernah berbuat dosa, ana juga akui dunia remaja ana cukup mempersonakan. Ditambah dengan rakan-rakan yang suka berhibur, ana tak nafikan. Cuma ana dapat rasa, bagaikan ada "GATE" yang masih butakan ana berjaga-jaga dengan hiburan masa ini.

Dunia remaja..memang seronok.

NAMUN...

Ajal tak pernah kita duga...bila masanya..!

Bukan ingin menakutkan kalian, tetapi kita perlu..wajib sangat ingat, nyawa kita bila-bila masa boleh direntap tanpa kita tahu masa, di mana, tarikh, dan apa yang sedang kita lakukan diwaktu itu. Allah telah berfirman dalam Surah Al-'Asr..


Masa makin singkat..dunia semakin tenat..dan bila-bila masa, kiamat boleh berlaku. Sediakah kita?

Syukur, ana disedarkan dalam mimpi-mimpi ana tentang gambaran kiamat. Nampak benar, Allah mahu ana sebagi hambaNya sedar hidup ini tak lama mana pun.

Kini, hati ana sering merindui masjid-masjid yang menjadi persinggahan buat ana. Tenang sangat.Rasa macam tidak mahu balik rumah pun ada. Masjid Negeri Shah Alam dan masjid Bandar Di Raja Klang menjadi favorite ana untuk hati ana berkunjung walau hakikatnya nak pergi shopping. Hehehe...

CintaMu Ya Allah, terlalu indah hingga hambaMu ini merasakan Dirimu terlalu hampir memerhatikanku setiap masa. 

Ya Muhammad, Rasul yang kusayangi..ana terlalu merinduimu. Pengorbananmu dalam menyebarkan dakwah dan perjuanganmu buatkan diri ini ingin terus menikut jejakmu menyampaikan ilmu. Masya Allah..


Kini, telah kutemui CintaMu dihatiku...Alhamdulillah..


Sunday, October 20, 2013

Meaning of Tabarruj ?


Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)


Dalam erti kata lain, tabarruj ini bermaksud berhias. Sinonim dengan golongan wanita yang semestinya mementingkan kecantikan luaran. 

Tetapi, sedarkah kalian (ukhti-ukhti) apa niat kita dan tujuan kita dalam berhias? Adakah sekadar nak nampak cantik dimata lelaki ataupun nak memenuhi kehendak diri seiring dengan perkembangan fesyen hijablista? Jika sekadar nak menarik pandangan akhi-akhi untuk memandang tak berkelip. 



                  STOP..!!

Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan:

“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj: tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat (nafsu) lelaki.

Jika ini sebernanya niat, tolong perbetulkan. Jika tidak, ukhti-ukhti sekian telah berjaya mengheret diri ke lembah zina.

Nak tahu bagaimana tabarruj yang dilayakkan buat ukhti melakukannya? Pada suami ukhti-ukhti. Itu lebih baik dari menampakan depan lelaki bukan mahram.

              


Actually, berpada-padalah dalam berhias ini. Tak salah jika nak molek-molek bila keluar. Tetapi jika sampai minyak wangi harum semerbak, pipi menyerlah, mata berkilauan, pakaian menampakan susuk tubuh, dan berjalan sehingga berbunyi tapak tumit itu..please. Kesian juga pada akhi-akhi ini. Mereka ini hanya mampu menoleh ke arah lain jika mampu mengelak. Tak molek sungguh. Jangan sehingga mencampakan diri dalam neraka. Nauzubillah..

Wanita yang memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan termasuk dalam tabarruj.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah SAW:

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]



Ukhti-ukhti, neutral itu lebih cantik daripada bermekap. Biarlah meraka kata kita ini ketinggalan zaman, tak reti update dengan fesyen semasa dan sebagainya asalkan kita tetap menutup aurat dan mengikut syariat yang telah diperintahkan Allah. Pada yang mempunyai kecantikan semulajadi, bersyukurlah sentiasa dengan kurniaanNya. 

PADA NIQABIS..jaga-jaga juga dengan pemakaian kita. Jangan sehingga memakai maskara, contact lens, semata-mata mahu menampakan matamu. Jauhkanlah dari semua itu. Ingat, kita berniqab kerana mengejar sunnah. Bukan trend. 


AUDIT PEMAKAIAN DAN AKHLAK KITA..