Dalam susunan bulan Islam, bulan Muharram bulan pertama dalam kalendar islam. Maksud yang lain, Muharram adalah diharamkan. Allah SWT telah mengharamkan pertumpahan darah ataupun peperangan. Dalam bulan Muharram ini juga merupakan penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Lantas, kalendar Hijrah dibentuk pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab melalui peristiwa tersebut.
Berikut peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram :
1. Nabi Adam Alaihi Salam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Jadi, sudah bersedia dengan azam baru kita melangkah ke tahun baru Islam?

REVOLUTION IN MYSELF
Jadi, sudah bersedia dengan azam baru kita melangkah ke tahun baru Islam?
Moga dengan azam baru itu juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri kita terus melangkah dan sekaligus terus meraih kasih sayang Allah SWT. Apa pun perubahan yang dilakukan, niatkan kerana Allah. Benda yang baik, pahala bercurah-curah diberikan. Ketenangan hidup dan rezeki makin dipermudahkan.
Bagi ukhti-ukhti dan sis diluar sana yang masih berjinak-jinak dalam istiqamah menutup aurat, teruskan perubahan yang baik itu. Ingatlah, menutup aurat itu wajib. Tapi jangan pula membungkus aurat ye..tak mau..tak mau..
Setiap penghijrahan kepada diri kearah yang lebih baik, memang memerlukan pengorbanan yang besar. Bukan mudah dari sifat yang sudah sebati dalam diri nak transform ke sifat yang asing. Lepas itu, dikeji dan dikutuk pula oelh sahabat dan masyarakat sekeliling. Bersabarlah ok. Lama-lama, senyap juga mereka ini.
Jangan lupa membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu Magrib dan awal tahun setelah masuk waktu Magrib.
Dikesempatan ini juga, ana memohon maaf andai terkasar bahasa dan terpedas kata-kata yang ana tulis dalam blog ini. Mohon dimaafkan ye. Semoja kita terus berubah kearah yang lebih baik sepanjang masa dan sekaligus meningkatkan amalan kita mendekatkan diri pada Allah SWT.
Syukran pada semua yang menyokong memberi semangat pada ana untuk terus menghidupkan blog Pena Seorang Daie ini. Insya Allah, kita bertemu lagi. ^_^,
Salam Maal Hijrah 1435H.