Sunday, October 20, 2013

Meaning of Tabarruj ?


Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)


Dalam erti kata lain, tabarruj ini bermaksud berhias. Sinonim dengan golongan wanita yang semestinya mementingkan kecantikan luaran. 

Tetapi, sedarkah kalian (ukhti-ukhti) apa niat kita dan tujuan kita dalam berhias? Adakah sekadar nak nampak cantik dimata lelaki ataupun nak memenuhi kehendak diri seiring dengan perkembangan fesyen hijablista? Jika sekadar nak menarik pandangan akhi-akhi untuk memandang tak berkelip. 



                  STOP..!!

Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan:

“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj: tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat (nafsu) lelaki.

Jika ini sebernanya niat, tolong perbetulkan. Jika tidak, ukhti-ukhti sekian telah berjaya mengheret diri ke lembah zina.

Nak tahu bagaimana tabarruj yang dilayakkan buat ukhti melakukannya? Pada suami ukhti-ukhti. Itu lebih baik dari menampakan depan lelaki bukan mahram.

              


Actually, berpada-padalah dalam berhias ini. Tak salah jika nak molek-molek bila keluar. Tetapi jika sampai minyak wangi harum semerbak, pipi menyerlah, mata berkilauan, pakaian menampakan susuk tubuh, dan berjalan sehingga berbunyi tapak tumit itu..please. Kesian juga pada akhi-akhi ini. Mereka ini hanya mampu menoleh ke arah lain jika mampu mengelak. Tak molek sungguh. Jangan sehingga mencampakan diri dalam neraka. Nauzubillah..

Wanita yang memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan termasuk dalam tabarruj.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah SAW:

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta. Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya. Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]



Ukhti-ukhti, neutral itu lebih cantik daripada bermekap. Biarlah meraka kata kita ini ketinggalan zaman, tak reti update dengan fesyen semasa dan sebagainya asalkan kita tetap menutup aurat dan mengikut syariat yang telah diperintahkan Allah. Pada yang mempunyai kecantikan semulajadi, bersyukurlah sentiasa dengan kurniaanNya. 

PADA NIQABIS..jaga-jaga juga dengan pemakaian kita. Jangan sehingga memakai maskara, contact lens, semata-mata mahu menampakan matamu. Jauhkanlah dari semua itu. Ingat, kita berniqab kerana mengejar sunnah. Bukan trend. 


AUDIT PEMAKAIAN DAN AKHLAK KITA..

                                

Saturday, October 19, 2013

Hidup Dan Pengorbanan

Untuk dapatkan sesuatu yang diingini, perlukan pengorbanan. Tak kiralah kecil atau sebesar gunung. Yang penting, ianya tercapai dengan usaha yang dilakukan itu.

Dan untuk terus berdakwah itu jalanya berliku-liku. Sungguh tak bohong.

PERSOALAN...Berbaloikah pengorbanan yang dilakukan.

Jika ukhti akhi seorang pelajar / penuntut IPTA/IPTS semestinya perlu berusaha gigih mendapatkan kejayaan. Siang malam, study dan study. Dah sampai tahap tidur dalam kelas pun ada. 

Ana juga pernah menjadi student jadi benar-benar faham sangat situasi bergelar mahasiswi ini. Alhamdulillah ana berasa syukur dengan pengorbanan yang ana usahakan. Setanding dengan kerjaya ana perolehi.

Ya, hidup memerlukan pengorbanan. Korban untuk masa, tenaga, wang ringgit, harta, dan juga kasih sayang. Semua yang ada pada kita ini, semua milik Sang Pencipta. Kita ini yang diberi pinjaman tubuh dan nyawa. Bila-bila masa boleh Allah ambil.

Jika kita merasa tidak adil dengan pengorbanan asyik kita perlu buat, pernahkah terfikir dengan pengorbanan kasih ibu ayah kita dalam membesarkan kita? Jika mereka juga memikirkan sedemikian, tidak membesarlah kita menjadi insan yang hidup saat ini.

Namun, beringatlah juga. Ada pengorbanan yang tak berbaloi. Contohnya, sayang sungguh mungguh pada pakwe / makwe yang belum tentu milikmu. Hingga tergadai maruah diri. Sayanglah pada diri wahai ukhti-ukhti. Dia belum pasti suamimu kelak. Itu bukan pengorbanan tapi itu mendajalkan diri sendiri. 

       

Trustly, pengorbanan untuk menyampaikan pesanan dan teguran memang sukar. Orang kutuk, orang kata "Poyolah, bajet cam ustaz @ ustazah". 

Untuk akhi / ukhti yang cuba menegur dan menyapaikan kata-kata berunsur nasihat, pedulikan dengan cemuhan mulut-mulut yang cuba jatuhkan semangat kalian. Hanya berdoa semoga pintu hati mereka yang mencemuh itu diberikan petunjuk dan mengikuti langkah yang sama. Nak jadi Daie ini, semua layak cuma perlukan ilmu dan kekuatan serta banyak berdoa terus tawakal dalam jalan itu.

Semoga terus dirahmati usaha dan pengorbanan akhi dan ukhti..^_^,

                             




Friday, October 18, 2013

Persimpangan Dilema?


        

Persimpangan dilema, seakan tittle lagu Nora.. Tapi tiada sangkut paut ye ukhti dan akhi. Jika nak tahu apa yang ana ertikan tajuk ini, teruskan pembacaan ok.

Berkait rapat dengan pilihan kita. Memilih jalan yang shortcut ataupun longcut (jalan panjang), pergi atau u-turn, ataupun si A dan Si B. Tentunya yang kita mahukan terbaik buat diri kita, dan buat masa depan kita. Namun, persoalannya...sampai bila "Persimpangan dilema" ini akan berterusan?

Jawapan yang mampu ana beri, buatlah solat istikharah dan banyakan berdoa pada Allah.

Solat istikharah ini seringkali dilakukan jika kita ada pilihan dalam sesuatu urusan seperti memilih IPTA / IPTS untuk melanjutkan pelajaran. Ana pasti, ramai juga yang buat solat sunnat ini ketika dia dilema dalam memilih pasangan yang boleh membawanya ke jalan yang diredhai Allah. Tidak salah untuk berniat baik.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (AR-RUM ayat 21)

"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui".

Bagi ana, masing-masing ada citarasa dalam memilih yang tepat dengan rasanya. Namun, jangan pernah sekali berdoa dan dimohonkan petunjuk dalam mendapatkan pasangan yang baik. 

Bagi para akhi, ingatlah pesanan ini.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها, فاظفر بذات الدّين تربت يداك


“Wanita dinikahi karana empat perkara, karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karana agamanya dan pilihlah karana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”(HR. Bukhari dari shahabat Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu)

          

Dan pada ukhti- ukti, ingatlah akan pesanan Rasulullah SAW. :


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ” Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita soleha.” (HR. Muslim dari Abdullah Bin ‘Amr). 

         

Monday, October 14, 2013

Duhai Hati...La Tahzan..(Istimewa Buat Ukhti Tersayang)


Duhai Hati

Duhai empunya diri,
Hatimu terlalu lembut,
Mudah goyah,
Mudah tewas,
Terlalu rapuhnya jika difahami..

Laluan hidup,
Bagimu bukan enteng dipandangan,
Jalan yang dilalui, 
Penuh 1001 cerita,
Ada sukacita ada dukacita..

Adakalanya tersungkur di persimpangan derita,
Jeritan benak kecil,
Tiada yang dengar..
Sebab,
Rela disembunyikan dari pandangan simpati..

Kini,
Kekuatan ditemui,
Setelah keringnya permata yang mengalir di wajah,
Setelah derasnya ia tumpah,
Kerana sakitnya hanya Dia (Allah) yang tahu..

Akhirnya,
Langkahmu terus tercipta,
Walau tahu akan bertandang lagi kedukaan,
tapi kerana yakinmu pada yang Maha Kuasa,
Semua dugaan ada hikmahnya..

Katakanlah pada dirimu,
Hati yang rapuh, ubatnya alunan Kalam indah.
Yang kering, lantunan zikir tiada penghujung.
Yang sakit, hanya tangisan dalam doa kepadaNya...

Duhai hati, hawa tersayang...


La tahzan, ukhtiku..jika ditanya akan dirimu "sampai bila harusku merana?", jawapannya..
     
                          



1. Ayat 5&6 Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah)
"Maka sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan". "Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan"

2. Firman Allah s.w.t.
Maksudnya :"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran Ayat 139)

3. Firman Allah s.w.t.
Maksudnya : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”

4. Firman Allah s.w.t maksudnya :
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun."
(Surah Al Baqarah ayat 156)

5.“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”(Surah Al Ra’ad ayat 28)

6.”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”(Surah Al Baqarah ayat 286)


Semoga kita bersama mengerti dan memahaminya. La tahzan...

                     









Sunday, October 13, 2013

Sampai Masanya, Bertemu Juga Jodoh...

Bahagia melihat sahabat-sahabat ana yang sudah mendirikan masjid. Alhamdulillah, semoga jodoh kekal hingga ke syurga. 

Jodoh...perhubungan cinta antara sesama mahluk ciptaanNya. Keindahannya jelas terpahat bila lukisan kebahagiaan yang tercipta dengan kehendakNya.

Bila lihat sahabat-sahabat kita sudah mendirikan rumah tangga, ada yang mula bertanya pada diri kita.

"Ukhti bila nak kahwin, usia makin meningkat". Terkedu juga dengan soalan seperti itu. Apa yang mampu kita balas hanya senyuman. 

Siapa yang tidak mahu kahwin, semua insan mahu. Cuma, jodoh belum sampai. Tapi percayalah, andai ada jodoh...kita juga bakal menjadi raja sehari. Cuma cepat atau lambat. Takdir tuhan, kita tak dapat nak pertikaikan. Hanya terus berdoa dan berusaha menjadi insan yang terus menyintaiNya (Allah). Insya Allah, dipertemukan dengan insan yang baik buat diri.

Usia semakin meningkat, tapi belum lagi mendirikan rumah tangga. Terutama pada ukhti-ukhti. Pada akhi-akhi, kurang dibicarakan kenapa lambat. Bukan membela ukhti-ukhti. Hakikatnya, mereka ini yang sering menjadi perhatian. Wahai ukhti tersayang, bersabarlah dengan kehendak Allah. Jika tidak bertemu di dunia, di syurga ada yang menanti.

Sedihkan bila dikatakan "ANDARTU" disebabkan tidak berkahwin lagi. Mulut manusia ini, memang tajam dan bicaranya..buatkan antara kita yang terguris. Astagfirullah hal azim. Jangan menilai seseorang itu "TAK LAKU". Itu takdir dia dengan Sang Pencipta. 

Pada akhi / ukhti yang sudah berumah tangga, bentuklah keluargamu keluarga sakinah. Keluarga mawaddah warrahmah. Jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dalam membentuk keluarga yang mendapat keredhaan Allah. Bukan kemurkaan Allah.
  
          

Pada akhi dan ukhti yang belum bertemu jodoh, mari kita terus mendapatkan cinta Allah dan Nabi kita. Semoga hati kita lebih berasa menyintaiNya dengan sepenuh rasa kasih. Jangan lupa rasa kasih pada umi abie kita yang masih ada dan yang telah tiada, panjatkan doa semoga dipermudahkan perjalannya menghadap Allah..

          

Saturday, October 12, 2013

Give Up Dengan Hidup Diuji?

"Aku give up lah. Penatlah, usaha macam-macam, tapi semua tak jadi. Yang aku pelik, kenapa aku jadi mangsa. Tengok orang lain duk senang je. Lebih baik mati jer.."


Ya Allah, istigfar..!

Antara kita, ada yang ucap demikian kan? baik akhi dan ukhti. Ya, memang mudah kan cakap seperti itu. 


TAPI...!

Sedarkah dengan amalan yang dilakukan itu. Cukup atau tidak? Layakkah "SYURGA" digenggaman? Jika layak pun, yakin tiada siapa yang mempersoalkan dan menghalang apa yang kita lakukan di dunia ini lepas dari orang-orang yang bakal mendakwa diri kita di akhirat kelak?


Teruk sangat ke kita diuji? Cuba buka mata hati kita ini. Suadara mara kita yang di Palestine...Syria...di mesir sana. Berperang dengan musuh-musuh Islam untuk pertahankan Islam. Pergi menghadap Allah dengan jihad. Sedangkan kita ni.. Baru luka, mengadu kat fecebook,Twiter,Wassup..Jika boleh, semua nak bagitahu sakitnya luka.

Sedih dengan akhlak remaja kita masa kini. Mudahnya hayut. Memang kita nak post apa kita tengah lakukan. But, make sure something yang berfaedah.

Jika dalam dialog atas itu, sampai kita cuba bunuh diri. Hukum bunuh diri apa ye? Ya, Dosanya tak terhitung akhi ukhti. Akhirat nanti, dihidupkan kembali. Tak rasa sesal ke apa yang buat?

Tarik kembali apa kita ucapkan. Masih sempat kita perbanyakan Istigfar. Give up? Mengadu pada Allah, doa.. Moga dikuatkan hati dan iman. Ditunjukan jalan keluar dari masalah.. Insya Allah, Allah permudahkan dengan kesungguhan usaha kita. Percayalah kelak akhi ukhti menjadi seseorang yang sabar akan semua dugaanNya. Amin..^_^,

       



Meaning Of Aurat...Why Must Do?! (Part 2) ^_^ v

Why Must Do...?!

Sebagai seorang mukmin yang beriman, of couse "Wajib" menutup "Aurat". Bagi yang sudah menutup dengan sempurna, alhamdulilah.. Teruskan niat untuk terus istiqamah. Bagi yang masih belum, usahakan untuk berubah. Melangkah sikit demi sedikit. 

Sukar?? 

Ana faham, memang sukar untuk berubah dari yang"Freehair --> Hijab". Tapi tak mustahil untuk melakukannya kan? Yang penting, usaha dan terus usaha. Lama-lama, molek benor.


 
Yang sudah menutup "Aurat" itu, check semula dan update. Why? 

Dah tutup, tapi...something lah.. Nampak bentuk tubuh dan jarang. Oppsss.. Memang sudah molek tutupnya. But, perlu sampai sedemikian ke? Check semula niat kita terutama buat "Hawa" tersayang. Tak salah ikut fashion, namun jangan sampai tersasar.

Contoh seperti gambar di bawah..


Jadi, audit kembali cara pemakaian kita. Bagi kaum "Adam", akhi tak terlepas juga. Memang tidak ketat peraturan seperti ukhti-ukhti. But, lebih hensem ditutup dengan elok.

Ukhti tersayang... Mari kita semua update pemakaian kita mengikut garis panduan Islam. Biarlah kecantikan itu khas buat suamimu tercinta. ^_^, Ana sayang ukhti-ukhti semua.

Meaning Of Aurat...Why Must Do? (Part 1)

Ana pasti ramai kalian faham tentang "Aurat". Jika diikutkan istilah dan penerangan ini amat mendalam. Memang tak habis nak luahkan.
Secara perspektifnya, "Aurat" diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.(Petikan artikel JAIS, Aurat Dalam Islam)

Dari sini, sudah tentu ramai yang faham. But...Let's see. Benarkah kita benar faham?

Sejujurnya, ana juga bukanlah insan yang sempurna dan mengatakan diri ana ni "Miss Perfect". Apa yang ana kongsi, juga buat diri ana untuk ilmu kita bersama.

Berikut adalah dalil Al-Quran tentang "Aurat":
              
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)"


Jadi, kita sudah dapat sedikit gambaran tentang menutup "Aurat" ini. Bercerita tentang hal ini, cukup lebar dan luas. Ana akan cuba huraikan selanjutnya dalam Part 2 nanti. Insya Allah. ^_^,

Wednesday, October 9, 2013

Salam Ukhwah Fillah..."Pena Seorang Da'ei" ^_^,

Salam Ukhwah Fillah...^_^,

Alhamdulillah, hajat di hati ingin mewujudkan blog "Pena Seorang Da'ie ini termakbul juga. Walaupun masih dalam pembikinan, Insya Allah akan terus menghasilkan cinta Daie yang tetap mekar penyampaiannya.  Masih banyak ana perlu pelajari dan mendalami ilmu-ilmu ini dalam menyampaikan mesej yang berguna dan bermanfaat buat diri ana dan kalian semua. Segala teguran diterima dengan tangan terbuka moga menjadikan blog ini terus hidup. Insya Allah.... ^_^,

Latar Belakang Blog "Pena Seorang Da'ei"...

*Date     :09 October 2013
*Time     :10.00PM
*Purpose  :Berkongsi ilmu, Pendapat / Pandangan, Menjalinkan                Ukhwah (Khas buat Ukhti/Sis/Muslimah).Insya Allah,about an islamic. ^_^,