Sunday, October 13, 2013

Sampai Masanya, Bertemu Juga Jodoh...

Bahagia melihat sahabat-sahabat ana yang sudah mendirikan masjid. Alhamdulillah, semoga jodoh kekal hingga ke syurga. 

Jodoh...perhubungan cinta antara sesama mahluk ciptaanNya. Keindahannya jelas terpahat bila lukisan kebahagiaan yang tercipta dengan kehendakNya.

Bila lihat sahabat-sahabat kita sudah mendirikan rumah tangga, ada yang mula bertanya pada diri kita.

"Ukhti bila nak kahwin, usia makin meningkat". Terkedu juga dengan soalan seperti itu. Apa yang mampu kita balas hanya senyuman. 

Siapa yang tidak mahu kahwin, semua insan mahu. Cuma, jodoh belum sampai. Tapi percayalah, andai ada jodoh...kita juga bakal menjadi raja sehari. Cuma cepat atau lambat. Takdir tuhan, kita tak dapat nak pertikaikan. Hanya terus berdoa dan berusaha menjadi insan yang terus menyintaiNya (Allah). Insya Allah, dipertemukan dengan insan yang baik buat diri.

Usia semakin meningkat, tapi belum lagi mendirikan rumah tangga. Terutama pada ukhti-ukhti. Pada akhi-akhi, kurang dibicarakan kenapa lambat. Bukan membela ukhti-ukhti. Hakikatnya, mereka ini yang sering menjadi perhatian. Wahai ukhti tersayang, bersabarlah dengan kehendak Allah. Jika tidak bertemu di dunia, di syurga ada yang menanti.

Sedihkan bila dikatakan "ANDARTU" disebabkan tidak berkahwin lagi. Mulut manusia ini, memang tajam dan bicaranya..buatkan antara kita yang terguris. Astagfirullah hal azim. Jangan menilai seseorang itu "TAK LAKU". Itu takdir dia dengan Sang Pencipta. 

Pada akhi / ukhti yang sudah berumah tangga, bentuklah keluargamu keluarga sakinah. Keluarga mawaddah warrahmah. Jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dalam membentuk keluarga yang mendapat keredhaan Allah. Bukan kemurkaan Allah.
  
          

Pada akhi dan ukhti yang belum bertemu jodoh, mari kita terus mendapatkan cinta Allah dan Nabi kita. Semoga hati kita lebih berasa menyintaiNya dengan sepenuh rasa kasih. Jangan lupa rasa kasih pada umi abie kita yang masih ada dan yang telah tiada, panjatkan doa semoga dipermudahkan perjalannya menghadap Allah..

          

No comments:

Post a Comment